OGOS 2022

Seramai 138 Orang Penerima Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Limbang


LIMBANG, 18 Ogos 2022 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmtan Setia yang bertempat di Purnama Hotel pagi ini. 

Hadir sama di majlis tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dalam majlis kali ini, seramai 138 orang menerima pingat perkhidmatan setia daripada pelbagai jabatan dan agensi yang merangkumi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia adalah bertujuan untuk memberi penghargaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan negeri dengan perkhidmatan yang berkualiti serta berintegriti sepanjang tempoh perkhidmatan. 

Sumber dari : Sarawakku